Logistik Bukan Disokong Shopee (Kurier Pilihan Pembeli) adalah ciri baru yang diperkenalkan untuk membenarkan pembeli pilih perkhidmatan kurier mereka untuk penghantaran, ia akan meningkatkan fleksibiliti dan kepuasan dengan proses pembelian.
⚠️ Nota: - Saluran Kurier Pilihan Pembeli hanya tersedia di Malaysia Barat untuk penjual tertentu dan kawasan penghantaran yang dipilih.
Konsep untuk Kurier Pilihan Pembeli adalah mudah tetapi ia akan memberi impak yang besar kepada pembeli. Ia memberikan kebebasan kepada pembeli untuk memilih kurier pilihan mereka dengan manfaat seperti berikut:
Peningkatan Fleksibiliti: Dengan Saluran Kurier Pilihan Pembeli, pembeli boleh pilih kurier yang akan mengutamakan keperluan khusus mereka. Sama ada mereka ingin kelajuan, kebolehpercayaan, atau harga yang berpatutan, mereka boleh memilih perkhidmatan kurier yang paling sesuai dengan keperluan mereka.
Peningkatan Keterbukaan: Dengan membenarkan pembeli memilih kurier pilihan mereka, pihak seller memperlihatkan keterbukaan dalam proses penghantaran. Pembeli boleh menjejaki pesanan mereka dengan lebih berkesan dan mendapat tahu tentang status penghantaran mereka untuk lebih kepercayaan dan kepuasan.
Bagaimana untuk memilih Kurier Pilihan Pembeli sebagai pilihan penghantaran?
Langkah 1: Tambah produk ke Troli anda dari halaman produk
Langkah 2: Cari Arahan Penghantaran di bawah pilihan penghantaran di halaman Pembayaran
Langkah 3: Atur pilihan kurier dengan penjual melalui Ciri Chat Shopee
Langkah 4: Penjual akan mengemas kini Maklumat Pengesanan apabila pesanan anda telah dihantar
⚠️ Nota:
- Sila ambil perhatian bahawa anda akan diberikan tempoh masa 6 jam untuk memilih perkidmatan kurier pilihan anda selepas pesanan ditempatkan.
Berikut adalah beberapa soalan lazim (FAQ) mengenai Kurier Pilihan Pembeli: 1. Apakah Logistik Bukan Disokong Shopee (Non-SSL)? Logistik Bukan Disokong Shopee (Non-SSL) merujuk kepada penyedia logistik pihak ketiga yang belum mengintegrasikan sistem mereka dengan Shopee. Pilihan penghantaran oleh Logistik Bukan Disokong Shopee termasuk penghantaran penjual sendiri, kurier pilihan pembeli, dan penyedia logistik lain. 2. Bagaimana Kurier Pilihan Pembeli berfungsi? Penjual menawarkan kepada pembeli beberapa pilihan perkhidmatan kurier untuk dipilih selepas proses pembelian. Pembeli boleh memilih kurier yang paling sesuai dengan keperluan mereka, seperti kelajuan atau kebolehpercayaan. 3. Berapakah kos penghantaran yang dikenakan kepada pelanggan untuk saluran ini? Kos penghantaran akan bergantung kepada kurier yang dipilih oleh pembeli. Penjual sepatutnya menyediakan maklumat harga yang telus dan munasabah kepada pembeli untuk mengelakkan sebarang kekeliruan. 4. Bolehkah pembeli mengesan bungkusan mereka dengan Kurier Pilihan Pembeli? Pembeli sepatutnya dapat mengesan bungkusan mereka dengan menggunakan maklumat pengesanan yang disediakan oleh perkhidmatan kurier yang dipilih dari penjual secara offline.